Tuesday, November 30, 2010

Cinta Dan Air Mata

Cinta dan air mata adalah kebiasaan..
Antara lelaki dan perempuan siapakah pencinta yang setia
Apakah erti cinta??

Cinta itu tanda sepi
Cinta membuatkan seseorang berfikir
Cinta juga menyebabkan sesorang hilang fikiran

Monday, November 29, 2010

Salam Kembali...

Dalam 3 bulan memencilkan diri ni macam2 p0n da jadi.... Dari 1 tempat ke 1 tempat aku jalan sampai aku x tau ke mana arah tuju..hai lawak gak ni.. Da tu tambah koleksi boyfren lak.. Hahaha... Mangkok hayun gak aku ni rupanya.. Tapi yang x le bla nye asal la sume orang ngat aku ni baik padahal aku ni pedajal pew..

Macam ni la hidup aku x tau la bila nak berubah..tapi tak kisah la asal kan bahagia...yang penting semayang tak tinggal..dosa tetap dosa yang wajib jangan lupa.. jangan tambah dosa lak kan.. hehe..

Well... Malam ni nak hang out xle sebab umi cakap jangan g mana2.. Aku p0n da warning b0y aku jangan berani2 nak kuar mermpit lak...

Tbe2 aku rasa rindu lak kat girlfren aku nie... Hai si comot ape khabar hang? Aku rindu kat ko n anak2 k0 yang c0mel2 belaka.. Hehehe mish u s0 much...

Actually s0k ada interview tapi aku selamba badak je x prepare ape2 ni.. Mangk0k t0l la..Da ar td da shopping sakan beli kasut ngan beg konon utk interview tapi resume sijil2 sume x susun p0n lagi.. Tapi aku memang harap sangat di0wang terima aku.. K0t2 dapat fly ke Brunei da kira bgus.. Hope sume b0leh doakan kejayaan aku...

Wa chaw lu ahh... Salammmm...

Sunday, July 18, 2010

bersin vs menguap

da lama tak visit blog sendiri dah berkulat dah ni. hahaha.. Itu lah masalah teknikal la katakan. jadi sebab dah lama so tiba tiba rasa nak bagi tips yang berguna untuk kita semua sama-sama renung-renung dan amalkannya.

Aku pernah baca artikel pasal nikmat bersin. Sebenarnya bersin adalah nikmat yang besar sebab bersin dapat mengeluarkan gas-gas yang terkumpul dalam badan kita. Jadi tubuh badan bebas dari segala asid dan toxic. Oleh sebab bersin adalah nikmat dari Allah maka kita perlu mengucapkan syukur ALHAMDULILLAH ke atas nikmatnya. Tetapi berbeza bila kita menguap. Seboleh bolehnya kita hendaklah menahan menguap kerana menguap adalah kejayaan syaitan maka bertepuk tangan lah para syaitan bila umat islam menguap "aahhh" tanpa menutup mulutnya. Untuk info yang lebih terperinci aku dah google artikel pasal ni untuk kita sama-sama mengamalkannya.bbzhaa

Anas bin Malik RA bercerita, ada dua orang bersin di dekat Nabi Muhammad SAW. Beliau mendoakan (tasymit) salah seorang dari keduanya, namun tidak mendoakan seorang yang lain. Ditanyakan alasannya, Rasul menjawab, “Sebab, orang yang satu mengucapkan ‘alhamdulillah’, sedangkan yang satu lagi tidak membacanya.” (HR Bukhari).Jadi, orang yang bersin dan tidak membaca alhamdulillah, tidak layak didoakan karena tidak syukur nikmat. Padahal, bersin termasuk salah satu nikmat dari Allah SWT yang manfaatnya sangat besar. Menurut Ibnul Qayyim, bersin dapat mengeluarkan uap dari dalam otak yang jika dibiarkan akan berbahaya. (Zadul Ma’ad 2: 438).

Bersin merupakan mekanisme pertahanan tubuh untuk mencegah masuknya zat asing ke dalam tubuh. Ketika bersin, udara kotor keluar dengan keras melalui hidung dan mulut berkecepatan sekitar 161 km/jam.

Bahkan, Dr Michael Roizen, wellness officer Cleveland clinics menegaskan, bersin merupakan kegiatan yang positif karena berfungsi membersihkan faring (rongga antara hidung, mulut, dan tenggorakan). Dalam Syarh Riyadhus Shalihin, Syekh Utsaimin mengutarakan, bersin dapat menggiatkan otak dan meringankan tubuh.

Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah' , maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah! '.

Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka.” Riwayat Imam Muslim

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.

4. Sunat ketika bersin mengucapkan
“Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah” .

5. Sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas menguap.



Tuesday, June 22, 2010

Antara wanita dan kerjaya yang mana lebih penting?? ??


Wahai aweks sedunia pernahkah kamu bertanya begitu pada partner korang? Jika pernah percayalah sebilangan besar lelki lebih mementingkan kerjaya walaupun mulut mereka cakap lebih mementingkan anda. If anda bertanya sedemikian kepada bakal suami korang nescaya korang akan mendengar bebelan dari mulut orang kesayangan anda itu.

Antara jawapan mereka mungkin begini :

"kenapa sayang tanya macam ni? Mestilah sayang lebih penting tapi abang tak leh abaikan kerja abang nanti macam mane abang nak tanggung keluarga kita belanja sayang and anak2 sape nak kasi? Abang nak nanti kita sekeluarga hidup senang aman damai bahagia sejahtera."

"u da hilang akal ke?mestila i pentingkan u sebab i pentingkan u la i kerja kuat sebab i nak bagi kesenangan kat u. U tak mau ke?"

"mama percaya lah dalam hidup papa mama perkara yang paling penting. Tapi kalau pa tak kerja susah la kita nanti ma. Pa ketua keluarga mestilah kerja sudah menjadi tanggungjawab pa. Ma pun tau kan? Ma jangan risau ye pa sayang ma selalu tau"

"honey apa gunanya abang kerja keras kalau bukan untuk honey? Boleh honey tanya soalan macam ni. Honey tak sedar ke banyak pengorbanan abang hanya untuk honey? Macam mana honey kata honey tak penting pada abang?"

Berdasarkan andaian jawapan diatas apa yang penulis dapat simpulkan kerjaya dan wanita adalah kepentingan bagi seseorang lelaki tetapi lelaki akan lebih mementingkan kerjaya sebab apabila berpangkat berwang berjuta lelaki akan dapat pelbagai jenis wanita yang dia mahu. Harta adalah kekuatan lelaki that y ada lelaki berpendapat hendak cari wanita sangat mudah jika poket tebal. Jadi apa kata wanita? Adakah salah kalau lelaki lebih mementingkan kerjaya?

Pendapat penulis....

sangat salah. sebab tanggujawab lelaki bukan sekadar menyediakan wang sahaja tetapi bayak lagi perkara yang menjadi keutamaan sesungguhnye wanita tak suka lelaki yang terikat dengan kerja kerana banyak tanggungjawab lain akan terabai. jadi kerja la pada waktu kerja sahaja..

so sendiri punya pendapat and pendirian..jangan gado2 k...



GEMOK


Aaarghhhh!!!!!!!aku da gemuk ........tengok la jadual makan aku yang tak teratur ni..

7.30 breakfast
10.30 makan pagi
1.30 lunch
4.30 minum petang
6.30 dinner time
10.30 makan2 biskut
12.00 minum2 (if tak tidur lagi)

Pernah tak korang jumpa makhluk yang banyak makan macam aku ni. Ini lah yang dikatakan hidup untuk makan bukan makan untuk hidup. Actually aku ni bukanlah pelahap sangat dah hobi aku suka makan kalau ada makanan aku makan la if tak ada tak la pula mati kalo setakat tak makan satu hari kan. Kalau tak macam mana nak menunaikan ibadat puasa kan. Tapi itu lah ceritanya sepanjang aku lepak je kat rumah dan aktiviti utama yang aku buat adalah makan makan and makan lagi. Apabila makan makan and makan badan aku konfem dah naik 2 or 3 kg.

HUHUHUHU!!!!!!!

Taknak gemuk tak sihat ....



Bile la nak jadi kurus and langsing...




Friday, June 4, 2010

Hidup baru

Setiap orang kena berubah dari yang tak elok kepada yang elok and dari yang elok menjadi yang lebih elok supaya kita bukan hidup untuk kepentingan diri sendiri tetapi supaya kita dapat berbakti kepada ibubapa, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Memang kita tidak boleh menjadi manusia sempurna at least kita hendaklah ubah diri kita supaya hidup tidak menyusahkan orang lain. Aku sudah sedikit insaf sekarang kerana aku sedar selama ini aku telah banyak menyusahkan ibubapa aku,family aku and sume la yang ada di sekeliling aku.

Aku tahu ramai orang sayang pada aku yang tak berguna langsung ni tetapi entah mengapa aku berhati bengap and sentiasa merasa diri sangat tak diperlukan and sangat tak berguna. Dan secara automatik merasa yang diri ni sangat terabai. Hahahaha bodoh kepala bengap. So dari saat ini aku akan ubah persepsi diri and kembali kepada hidup aku yang happy. Actually aku memang selalu happy tetapi dalam kepala still fikir segala yang bukan-bukan. Patut la ada orang cakap aku ni sentiasa berfikiran negatif and akan sentiasa hidup dalam keadaan macam tu selagi aku tak berubah.

Jadi dari situ aku berfikir ada benarnya. Aku kena kembali pada diri aku yang kuat semangat, cekal,rajin, tak mudah putus asa and open minded. Aku yakin hidup aku akan menjadi lebih baik and lebih bermakna lg lepas tu. Aku akan berusaha bersungguh-sungguh demi ma and abah aku demi masa depan aku and demi anak2 aku(bila da kawin nanti). Dan aku akan hidup bahagia tidak berfikiran negatif lagi kerana aku yakin jika kita berusaha kita pasti akan dapat capai apa yang kita mahu.

So kawan-kawan sama-sama kita berusaha ke arah yang lebih baik dan jangan sesekali bersikap pentingkan diri sendiri jangan fikir kita je yang ada perasaan jangan guris perasaan orang lain ibubapa terutamanya.

Aku yang insaf...


Thursday, June 3, 2010

aku yang terlupa

Aku bangun agak lambat juga hari ni actually macam biasa bangun dalam range 11 ke pukul 12 tengah hari. Anak dara zaman sekarang kan. So bangun dengan muka toya basuh muka and gosok gigi pastu baring lagi bermalas malasan sambil fikir masa depan and fikirkan tentang orang-orang tersayang. Main-main handphone memandangkan banyak game aku blutooth dari beberapa orang kawan. So play-play untuk hilangkan boring sekejap. Tengah syok-syok main walopun aku lost berkali-kali pastu "click". Ada vibrate tanda mesej masuk. Happy jap mungkin mesej dari orang yang aku tunggu...
Tetapi,
Ok. No yang tak dikenali
Aku menerima mesej yang amat panjang berunsurkan nasihat yang ku terima dari orang yang aku tak kenal
Mesejnya bertulis begini:
Jika terbangun janganlah merasa sepi, ada Allah sedang mengawasi.
Jika bersedih janganlah disimpan dihati, ada Allah tempat berbagi.
Jika susah janganlah berasa pilu, ada Allah tempat mengadu.
Jika gagal jangan berputus asa, ada Allah tempat meminta.
Jika bahagia janganlah menjadi lupa, ada Allah tempat memuja.
Ingatlah Allah selalu, ukirkan namaNya dihatimu

Hatiku tersentuh aku mengucap panjang. Ya Allah betapa selama ini aku lalai sebagai seorang hamba. Ya Allah ampunkanlah segala dosa-dosa ku. Sesungguhnya aku sanagt insaf siapakah insan mulia itu?
Ya awal pagi semalam aku telah mengepost entry memperihalkan perasaan aku yang sangat serabut serabai. Mungkain insan mulia itu terbaca perihal yang melanda hidupku ini. And i'm pretty sure insan itu mengenali aku. Mungkin. Walau siapa jua insan itu aku sangat berterima kasih kerana sedikit sebanyak telah menyedarkan aku yang lalai





Wednesday, June 2, 2010

my sayang....

Aku yang pening....
Aku msj 4 kali dia reply 1 kali itu pun lepas berjam-jam lamanya
Aku merajuk....dia kata aku tak matang
Aku bukan suka-suka nak merajuk kot. Sampai hati dia cakap aku macam tu. Kalau dia bukan orang penting dalam hidup aku buat apa la aku nak merajuk tak tentu pasal cam tu. Sewel betul la.
Aku bukan tak matang la cuma aku tak cukup matang je that why la aku perlukan some advises dari orang yang aku percaya if dia pun ignore aku cam tu je pada siapa lagi nak tempat untuk aku berteduh, berpayung untuk seketika. Aku bukan nak suruh dia payung aku 24 hours aku pun tak nak macam tu cuma ada masanya kita perlukan perlindungan daripada orang lain juga lagikan manusia dicipta berpasangan supaya saling melengkapi dan saling melindungi antara satu sama lain..
Apa kata kalau he is not my partner??? Oh no!!! Ini bukan yang aku nak sebab apa yang aku doakan selama ini supaya suatu hari nanti kami akan saling melengkapi antara satu sama lain.
So disini apa yang perlu aku buat?? Cuba menjadi matang sebagaimana yang dia mahu??
Aku tak faham betul matang yang macam mana la cik abang sorang ni nak?
Aku betul-betul blur tak tahu adakah sebab aku tak matang dia ignore aku. Adakah itu caranya dia nak mengajar aku jadi matang? Oh no!! Cara ni terlalu kejam..
Jangan terlalu kejam aku bukan seorang yang kuat nak hadapi hidup tanpa orang-orang yang aku sayangi.
Even my kucheng kesayangan aku mati pun aku da separuh hidup separuh mati sunyi sepi hidup aku ini kan pula aku nak kehilangan orang yang boleh berkongsi perasaan pahit dan manis. Oh no tak sanggup aku bayangkan sakitnya rasa kehilangan.
Jadi sekarang ni aku nak cuba ubah diriku supaya jadi seorang yang berani,yakin and matang dalam kehidupan seperti mana yang dia mahu dari aku. Bila aku fikir balik apa yang dia bagitahu sebenarnya ada betul juga. Sampai bila aku nak bergantung hidup pada dia? Tapi kalau boleh aku nak selama-lamanya. Aku nak selama-lamanya dia susah sebab aku and aku susah sebab dia. Romantik apa macam tu kan.
Pernah juga aku kena marah. Nak tau sebab apa?? Sebab aku terlalu berfikiran negative. Gila betol dia marah sampai beberapa ari tak nak cakap ngan aku tak nak reply mesej aku gila aku di buatnya. Last sekali aku dapat warning "kenapa terlalu negatif?cakap tak sayang tak ambil berat seronok ke hidup dibelenggu fikiran negatif?"
Perghh!!!ayat dia. Suka hati je hempuk aku dengan ayat macam tu. Apa-apa la yang penting dia da tak merajuk lagi susah betul pujuk orang lelaki merajuk. Tapi aku still tak puas hati kenapa aku je yang kena pujuk dia? Ini tak adil la..


Monday, May 31, 2010

FIFA WORLD CUP




Tak lama lagi musim makan bola, mandi bola & tidur bola sampai. Semua mata lebam-lebam naseb baik sekarang musim cuti so leh je layan. yeeeaaahh!!!! Tak sabarnya gua.

Saturday, May 29, 2010

if we ever meet again




What's somebody like you doing
In a place like this
Say did you come alone
Or did you bring all your friends?

Say what's your name
What you're drinking
I think I know what you thinking
Baby what's your sign tell me yours

I'll tell you mine
Say what's somebody like you doing
In a place like this?

I'll never be the same
If we ever meet again
Won't let you get away
Say if we ever meet again

This we go go
Got me so so
Kiss me oh
I could never, let me go
I'll never be the same
If we ever meet again
Say if we ever meet again

Do you come here much?
I swear I seen your face before
Hope you don't seen me pass
But I can't help
Do want you more

Baby tell me What's your history
I shine
Don't you worry I put it with my eye
I wanna leave you here tonight

Do you come here much
I've gotta see your face some more
Cause baby I'll never be the same
If we ever meet again
Won't let you get away
Say if we ever meet again

If we ever meet again
I love so much more to say
Say if we ever meet again
I want let you go away
Say if we ever meet again..
Entry ni khas untuk member2 time sekolah dulu2 la sangat terharu la dapat jumpa geng2 lame walopn menggunakan facebook ja..

Tiba2 seperti kembali ke alam kanak2 yang happy ja tak ada sebarang komplikasi...huhuhu rindu seyh time dulu2...kawan2 and cikgu2..kenakalan and kepoyaan perghh menyentuh sanubari..

Lama tak dengar khabar berita now everyone have their own life..mereka dengan hidup mereka and aku pun dengan hidup aku...Tapi kan kalo boleh nak kembali hidup macam dulu2
syok ja sume yang happy life sekarang ni macam hampeh ja..

oh masa depan

Dulu kan masa kecik2 sekolah rendah lagi senang je...Mane ada masalah macam sekarang kan...tiba2 lak teringat kat ayat dalam citer spiderman yang ayah spiderman cakap kat dia lupa ayat orang putehnye ape tapi maksud dia lebih kurang camni la "semakin banyak power semakin besar tanggungjawab" haha macam ayat hipotesis lak..

Sambung balik kecik2 dulu cikgu bila cikgu tanya ape cita2 kita pon dengan bangga jawab saya nak jadi polis kenapa sebab nak lawan orang jahat. Tanya kawan kita lak nak jadi cikgu sebab nak didik anak bangsa..Sungguh la masa kecik2 dulu otak sungguh mulia hanya tahu berkhidmat untuk negara bangsa dan agama..kagum sungguh..

Da besar macam gini semua cita2 murni itu sudah hilang dari hati nurani mungkin sebab syaitan terlalu menggoda supaya mengejar kesenangan dunia...Hahaha..Da name syaitan memang keje die nak sesatkan manusia yang lemah..

Orang2 kita sekarang pilih keje ikut berapa banyak angka yang akan dapat..Sebenarnya apa2 pekerjaan semuanya mulia asalkan tidak menyalahi undang undang and bekerja dengan penuh rasa tanggujawab dan kejujuran serta keikhlasan.

Tapi yang menjadi masalahnye sekarang kenapa sampai sekarang still tak tahu abes belajar nanti nak keke apa...huhuhu

Orang sekarang ada degree pun susah nak dapat jawatan tapi yang guna spm pun kadang2 dapat kerja gaji mahal2 itu la namanya rezeki masing2 kan nak kata ape lagi..Yang penting nak capai sasaran mesti ada usaha tapi kena ingat la jangan sampai menganiaya orang lak.

Just cakap cakap je...

Thursday, May 27, 2010

what difficult thing???

Nak tahu benda ape yang paling susah dalam hidup aku???Ada 1 sebab je aku memang sangat susah iaitu :


antara A dan B which one u prefer??
anda semua mesti tak faham...

Actually aku sangat la mengalami masalah yang sangat besar kalo aku terpaksa memilih antara dua sebab antara 2 mesti ada kelebihan and kekurangan masing2 tapi yang kita tahu hanya 1 sahaja yang perlu kita take off so bukan kah itu ibarat hidup dan mati if tersalah buat pilihan tergadai pula masa depan...aku memang tension bila ada dalam keadaan macam ni yela nak follow orang tapi ini life aku kan..Perjalanan hidup seseorang tak sama kan..Tapi masalahnya aku ni sangat la tak independent betapa la aku ni tak mature walopun usia aku ni kalau diibaratkan padi sudah boleh dituai..huhu elok jadi padi cukup time tuai dapat hasil..hahaha aku merepek lagi...

Masalah sungguh dunia ini...huhuhu tapi yang pasti mesti ada time kegemilangan aku..Memang la ada tapi zaman tu dah berlalu untuk kembali ke zaman kegemilangan kena la berusaha keras..just wait and see la aku mesti sampai ke tempat yang aku impikan...nak tau kat mane??di hati korang..Hahaha

i myself yang berotak serabut but i not schizo...

Wednesday, May 26, 2010

dunia oh dunia

Setiap kali nak post entry mesti tak tau ape tajuk yang sesuai pastu bantai je la ape ape pun janji bertajuk kan....

Biarpun orang cakap tajuk sangat penting untuk attract people supaya menghendap blog kan. Tapi ada juga hak biadap kan guna tajuk fulamak tersentak jantung hati tapi nothing...hahaha..tipah tertipu rupanya..Jangan wat macam tu nayekan orang je tau..Actually aku ni pun tak tau sangat pasal blog so orang ada blog aku pun teruja nak juga walaupon kepala hotak aku kering taktau nak curah ape kan.. Maklumlah sekarang kan zaman siber bak kata orang kena la follow the flow hihihi tah betoi ke tak la ayat aku ni..

Aku ni bukan jenis mengadap pc or laptop 24 hours sebab aku tak tau nak guna untuk apa on je buka yahoo baca berita harian online sebab nak save duit daripada beli paper yang tak silap rm1.50 mahal gak tuh..aku kalo pasal duit memang arr berkira almaklum la belum berkerjaya and poket selalu kering gak..huhu money move like a waterfall laju semacam ja hahaha..da tu buka facebook main farmville,yoville petville tah ape2 lagi jenis game yang ado semuo aku da teroka sampai aku pun dah naik bosan..alek2 facebook.. Da kata nak follow the flow kan cam tu la..huhu

Kalo buka newspaper online yang jadi isu utamanya tak lain tak bukan pergolakan politik. Bila fikir balik masalah politik ni tak pernah nak abes kan tu la namonyo orang gilo harta gilo pangkat gilo namo..huhu sume wakil rakyat mesti kata nak backup rakyat tapi tak de la mane sangat..huhu..selain tu macam2 juga la kejadian jenayahnya..dari ragut bunuh tembak menembak sampai la perbuatan tak berhati perut and tak berkemanusiaan langsung sanggup pula depo dok buang baby dalam tong sampah la dalam longkang la mane la hilang rase kemanusiaan da wat dosa nak tambah dosa lagi..baby tu tak salah kot bagi la dia peluang raso kehidupan sebagai seorang khalifah Allah di muko bumi ni..huhuhu kesian baby tu tapi tak pe la sebab kita semua tahu tempat baby tu dah tentu di syurga ibu bapa mereka yang akan mendapat balasan nanti kalo tuhan nak tunjuk time tu juga orang tak berhati perut tu dapat balasan..

Bencana alam pun selalu jo berlaku and Alhamdulillah sangat2 la sebab tempat kita masih dilindungi kan..Setiap kali aku dengar ada tanah runtuh or gempa bumi kat indon aku mesti sangat risau almaklum la ramai juga orang kita pi wat medik kat sana termasuk la my best fren azie.. aku mesti ingat kat die and doa banyak2 agar dia sentiasa dilindungi dari segala bahaya.. Alhamdulillah baru baru ni dia ada call menyatakan yang dia sangat sihat and sangat merindui aku oh so sweet la my fren yang sorang ni..

Lastly sebelom berundur ni aku nak highlight(ayat cikgu bi aku time sekolah dulu..) kat sini yang aku sangat la bosan sampai la aku pun tak tahu la ape yang aku merepek sorang2 kat sini...huhu

Saturday, May 22, 2010

oh pemuda itu!!!

Haha sebut pasal pemuda itu first skali nak minta maap la kalo pemuda itu terbaca ape yang ditulis bukan niat nak memalukan cume tiba2 rse nak touch up blog ngn cerita yang merepek..hehe..pemuda itu agak2 umur da lewat 20 kot pakai baju kemeja ngn kot hitam kat tangn macam orang korporat la juga tapi malangnye agak tak hensem and xkemas langsung and agak menyeramkan aku juga la


Time ni dok tunggu bas kat pekeliling time tu nak g bentong ada hal peribadi. Elok je dok diam2 baik2 je kat penjuru bas stand yang agak usang tu tibe2 ada seorang pemuda menyapa diriku yang comel ini. Aku punya la cuak bila dia tanya macam2 takut.. kot nak ngorat pun agak2 la dow!!

pemuda itu : adik nak g mane?

aku : bentong

pemuda itu : ooo...balik kampung ye.

aku : (angguk je and cuba abaikan dia)

pemuda itu : (ingin meneruskan bicara) sorang je ke??

aku : (angguk lagi) pastu cba nak menjauhkan diri xtau motif sebenar die nak ape

pemuda itu : em adik minta tolong cket...

aku : (wat muke la...)

pemuda itu : (dgn muka xmalu) adik abang nak minta duit 3 ringgit je..minta tolong abang nak balik kampung tak cukup duit tambang bas minta tolong ye dik..

aku : (lagi la wat muka pelik huhu)

pemuda itu : abang datang cari keje tapi tak dapat ye la macam mane nak hidup kat kl ni tu yang abang nak balik kampung tapi masalahnye tak cukup duit.

aku : (raba poket seluar wat kuar 5 rgt terus blah)


Gila cuak kot da le kenal tiba je datang minta duit ngan aku perh baik aku blah jauh2 dari die. Auntie2 and uncle2 yang tengok aku bg duit kat dia pandang aku semacam je kenape bodoh ke aku tolong orang or kerana senang percaya kat sape2 tah..

Huhu sebenarnye bukan nak berkira 5 rgt tu tapi betapa orang tu xtau malu minta duit ngan aku yang comey kiut miut ni..kalo btol die emergency xpe la x kisah pon elok juga tolong kalo die cume nak tipu aku kiranya aku bersyukur la sebab dia gne cara 2 kalo die rompak aku lagi naye kan...lain pula nasib aku nanti

Wednesday, May 19, 2010

ADA APA PADA NAMA

Name saya farah binti Hamzah a.k.a cokelat vanilla....tgok title ni memang nak cakap pasal name la. Ada orang cakap name menunjukkan personaliti tapi mungkin ye and mungkin juga secara kebetulan. Farah dalam bahasa Arab "gembira" mmenggambarkan saya sebagai seorang yang ceria happy go lucky and sewaktu dengannye la..Itu pada kita yang bergelar manusia yang punya akal yang kite sendiri menentukan macam mane personaliti kite kan..

Sekarang nak cerita name binatang peliharaan and personaliti diorang. Dulu saya ada 2 ekor kucing kesayangan sekarang da tinggal arwah..sangat sedih sebab mereka 2 orng ni sangat saya sayangi and mereka juga punya karakter tersendiri


comey

physically

ekor panjang
kelabu tompok2 putih
bulu lebat
sangat comey and cute tahap cipan babun

mentally

- suke mengiauuuww dengan sangat kuat dan mengganggu tidur saya (but i like...)
- tak suka dipegang suka bebas jalan merata merayau buat orang risau and tercari cari sepanjang ari (geram betol...)
- tak makan banyak sebab 2 la badan die keding je tapi sebab bulu die agak tebal nampak macam chubby la
- budak ni sangat la aktifnye saya suka bawa die dan kawannya si itam jalan2 waktu petang punya la hepi diowang main kejar2 ngan budak2 saya pon join gak diowang main kejar2 seronok kot

cukup la cerita pasal si comey

skang certa pasal si itam lak

kenapa name die itam???
of course la sebab overal badan dia kaler itam legam mata hidung mulut kaki telinga semua itam (tapi dia itam lemak manis tau)
kecuali bahagian bawah dada dia ja ad setompok kaler putih(sebagai tanda dia bukan haiwan jelmaan)
itam ni perangai dia semua berlawanan ngan si comey tau

sebenarnye bukan nak cerita pasal diowang tapi pasal ada la sorang member aku ni ada anak angkat seekor hedgehog..memang sangat hensem anaknya itu..tapi yang uniknye name binatang peliharaan yang telah diangkat menjadi anak itu adalah mohd zaini..bukankah itu menggambarkan name seorang manusia??tapi kite xde hak nak ubah name die kan..aku pon kan men pelik lalu bertanya "nape ko bagi name ni kat budak ni"

die cakap supaya anak peliharaannye itu menjadi bijak berfikiran luas
kiranye kalo kita letak name tompok sebab badan die tompok2, itam sebab die itam jadi otak macam xberkembang itu berdsrkan kajian tah sape2 la...begitu la cakap die mungkin betol gak kan....secara logik akal la hahaha
sebab tu la ad orng bg name kucing angelina jolie la,beyonce la akon la the rock la...sebenarnye 2 sebab kite begitu excited nagn artis kan..bese la tuh...

Friday, February 26, 2010

APE2 JE LA....

emmm.....ari ni aku dok rumah jek boring juga. aku ni da mcm xde tujuan idup aku pn xtau nape aku jadi mcm ni lost in the wide world agaknye ak ni terselit kat celah2 yg xde org tau kewujudan aku...huhuhu...kesian tol kat aku ni..

nak kate aku xde family aku ade family aku ad ma abah abang kakak adik2 tp 2 le ape kate orang aku ni bengong ataupon lebih tepat xreti menghargai ape yg dikurniakan oleh Tuhan yg Maha Pemurah aku da tinggalkn diowg sume aku watt je ape yang aku ske aku bkn nk jadi derhake cume aku nk life aku sndiri and ape yang aku dapat skang x seindah yg telah aku tglkn yg pernah aku kecapi bak kate org kasih ibu yg terindah kan..

skang ni aku idup lintang pukang xbermakne..tapi aku ade 2 org lelaki yg kononnye amt menyayangi aku and aku sendiri pon xtau sejauh mane syg nye sampai ke paris ke finland ke atau xsmpai mane2..yg sorang ni aku da tglkan ye la aku x smpai ati nak play2 ngan perasaan org aku tkut nti bende yg sme terjadi kat aku...minta jauh2 bende mcm ni kan..korang pon tntu tau sakitnye ble cnta di khianati.walopon diowg ni kasih kat aku tapi xdapat menandingi kasih ibu pada ku..sesungguhnye aku amat merindui ibuku. kenape aku snggup meninggalkn ibu demi mencapai impian yang xpasti kenape aku xpatuh pada nasihat dan pesanan ibu...adakah aku anak derhaka?ya tuhan berikan aku petunjuk aku ingin idup bahagia...






emosi lak...

hidup mesti diteruskan walo ape yg berlaku

++smilealways+....

Friday, January 29, 2010

++just smile=p: smile always=p

++just smile=p: smile always=p

smile always=p

hai all

cokelat nak say hai kat sume walopon cokelat tau xde sape pon sedar akan kewujudan blog cokelatvanilla ni tapi xpe la cokelat tengah bosan ni jadi cokelat cume nak mengisi mase lapang je disamping cokelat nak merapu jap memlam ni...

ni cokelat nak cite la cket sal background cokelat yang xde la best sangat utk diketahui and sebenarnye cokelat pon xsuke orang tau pasal hidup cokelat ni tapi saje je nak gtau sebab korang pon xkenal cokelat jadi cokelat pon suke ati la nak merapou nak membebel ke ape ke kan kan kan

ni cokelat nak selit cket info sal cokelat yang cokelat curi dr wiki
he3x

Chocolate comprises a number of raw and processed foods produced from the seed of the tropical Theobroma cacao tree. Cacao has been cultivated for at least three millennia in Mexico, Central and South America, with its earliest documented use around 1100 BC. The majority of the Mesoamerican peoples made chocolate beverages, including the Aztecs, who made it into a beverage known as xocolātl, aNahuatl word meaning "bitter water". The seeds of the cacao tree have an intense bitter taste, and must be fermented to develop the flavor.

After fermentation, the beans are dried, cleaned, and roasted, and the shell is removed to produce cacao nibs. The nibs are then ground to cocoa mass, pure chocolate in rough form. Because this cocoa mass usually is liquefied then molded with or without other ingredients, it is called chocolate liquor. The liquor also may be processed into two components: cocoa solidsand cocoa butter. Unsweetened baking chocolate (bitter chocolate) contains primarily cocoa solids and cocoa butter in varying proportions. Much of the chocolate consumed today is in the form of sweet chocolate, combining cocoa solids, cocoa butter or other fat, and sugar. Milk chocolate is sweet chocolate that additionally contains milk powder or condensed milk. White chocolate contains cocoa butter, sugar, and milk but no cocoa solids (and thus does not qualify to be considered true chocolate).

Cocoa solids contain alkaloids such as theobromine and phenethylamine, which have physiological effects on the body. It has been linked toserotonin levels in the brain. Some research found that chocolate, eaten in moderation, can lower blood pressure.[1] Dark chocolate has recently been promoted for its health benefits, including a substantial amount of antioxidants that reduce the formation of free radicals, although current scientific evidence is against health improvements by dietary antioxidants.[citation needed][dubious ] The presence of theobrominerenders it toxic to some animals,[2] especially dogs and cats.



cokelat xbace pon ape yang die gtau cokelat ni xske membace lebih2 lg omputeh punyer bahase