Tuesday, June 22, 2010

Antara wanita dan kerjaya yang mana lebih penting?? ??


Wahai aweks sedunia pernahkah kamu bertanya begitu pada partner korang? Jika pernah percayalah sebilangan besar lelki lebih mementingkan kerjaya walaupun mulut mereka cakap lebih mementingkan anda. If anda bertanya sedemikian kepada bakal suami korang nescaya korang akan mendengar bebelan dari mulut orang kesayangan anda itu.

Antara jawapan mereka mungkin begini :

"kenapa sayang tanya macam ni? Mestilah sayang lebih penting tapi abang tak leh abaikan kerja abang nanti macam mane abang nak tanggung keluarga kita belanja sayang and anak2 sape nak kasi? Abang nak nanti kita sekeluarga hidup senang aman damai bahagia sejahtera."

"u da hilang akal ke?mestila i pentingkan u sebab i pentingkan u la i kerja kuat sebab i nak bagi kesenangan kat u. U tak mau ke?"

"mama percaya lah dalam hidup papa mama perkara yang paling penting. Tapi kalau pa tak kerja susah la kita nanti ma. Pa ketua keluarga mestilah kerja sudah menjadi tanggungjawab pa. Ma pun tau kan? Ma jangan risau ye pa sayang ma selalu tau"

"honey apa gunanya abang kerja keras kalau bukan untuk honey? Boleh honey tanya soalan macam ni. Honey tak sedar ke banyak pengorbanan abang hanya untuk honey? Macam mana honey kata honey tak penting pada abang?"

Berdasarkan andaian jawapan diatas apa yang penulis dapat simpulkan kerjaya dan wanita adalah kepentingan bagi seseorang lelaki tetapi lelaki akan lebih mementingkan kerjaya sebab apabila berpangkat berwang berjuta lelaki akan dapat pelbagai jenis wanita yang dia mahu. Harta adalah kekuatan lelaki that y ada lelaki berpendapat hendak cari wanita sangat mudah jika poket tebal. Jadi apa kata wanita? Adakah salah kalau lelaki lebih mementingkan kerjaya?

Pendapat penulis....

sangat salah. sebab tanggujawab lelaki bukan sekadar menyediakan wang sahaja tetapi bayak lagi perkara yang menjadi keutamaan sesungguhnye wanita tak suka lelaki yang terikat dengan kerja kerana banyak tanggungjawab lain akan terabai. jadi kerja la pada waktu kerja sahaja..

so sendiri punya pendapat and pendirian..jangan gado2 k...



GEMOK


Aaarghhhh!!!!!!!aku da gemuk ........tengok la jadual makan aku yang tak teratur ni..

7.30 breakfast
10.30 makan pagi
1.30 lunch
4.30 minum petang
6.30 dinner time
10.30 makan2 biskut
12.00 minum2 (if tak tidur lagi)

Pernah tak korang jumpa makhluk yang banyak makan macam aku ni. Ini lah yang dikatakan hidup untuk makan bukan makan untuk hidup. Actually aku ni bukanlah pelahap sangat dah hobi aku suka makan kalau ada makanan aku makan la if tak ada tak la pula mati kalo setakat tak makan satu hari kan. Kalau tak macam mana nak menunaikan ibadat puasa kan. Tapi itu lah ceritanya sepanjang aku lepak je kat rumah dan aktiviti utama yang aku buat adalah makan makan and makan lagi. Apabila makan makan and makan badan aku konfem dah naik 2 or 3 kg.

HUHUHUHU!!!!!!!

Taknak gemuk tak sihat ....



Bile la nak jadi kurus and langsing...




Friday, June 4, 2010

Hidup baru

Setiap orang kena berubah dari yang tak elok kepada yang elok and dari yang elok menjadi yang lebih elok supaya kita bukan hidup untuk kepentingan diri sendiri tetapi supaya kita dapat berbakti kepada ibubapa, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Memang kita tidak boleh menjadi manusia sempurna at least kita hendaklah ubah diri kita supaya hidup tidak menyusahkan orang lain. Aku sudah sedikit insaf sekarang kerana aku sedar selama ini aku telah banyak menyusahkan ibubapa aku,family aku and sume la yang ada di sekeliling aku.

Aku tahu ramai orang sayang pada aku yang tak berguna langsung ni tetapi entah mengapa aku berhati bengap and sentiasa merasa diri sangat tak diperlukan and sangat tak berguna. Dan secara automatik merasa yang diri ni sangat terabai. Hahahaha bodoh kepala bengap. So dari saat ini aku akan ubah persepsi diri and kembali kepada hidup aku yang happy. Actually aku memang selalu happy tetapi dalam kepala still fikir segala yang bukan-bukan. Patut la ada orang cakap aku ni sentiasa berfikiran negatif and akan sentiasa hidup dalam keadaan macam tu selagi aku tak berubah.

Jadi dari situ aku berfikir ada benarnya. Aku kena kembali pada diri aku yang kuat semangat, cekal,rajin, tak mudah putus asa and open minded. Aku yakin hidup aku akan menjadi lebih baik and lebih bermakna lg lepas tu. Aku akan berusaha bersungguh-sungguh demi ma and abah aku demi masa depan aku and demi anak2 aku(bila da kawin nanti). Dan aku akan hidup bahagia tidak berfikiran negatif lagi kerana aku yakin jika kita berusaha kita pasti akan dapat capai apa yang kita mahu.

So kawan-kawan sama-sama kita berusaha ke arah yang lebih baik dan jangan sesekali bersikap pentingkan diri sendiri jangan fikir kita je yang ada perasaan jangan guris perasaan orang lain ibubapa terutamanya.

Aku yang insaf...


Thursday, June 3, 2010

aku yang terlupa

Aku bangun agak lambat juga hari ni actually macam biasa bangun dalam range 11 ke pukul 12 tengah hari. Anak dara zaman sekarang kan. So bangun dengan muka toya basuh muka and gosok gigi pastu baring lagi bermalas malasan sambil fikir masa depan and fikirkan tentang orang-orang tersayang. Main-main handphone memandangkan banyak game aku blutooth dari beberapa orang kawan. So play-play untuk hilangkan boring sekejap. Tengah syok-syok main walopun aku lost berkali-kali pastu "click". Ada vibrate tanda mesej masuk. Happy jap mungkin mesej dari orang yang aku tunggu...
Tetapi,
Ok. No yang tak dikenali
Aku menerima mesej yang amat panjang berunsurkan nasihat yang ku terima dari orang yang aku tak kenal
Mesejnya bertulis begini:
Jika terbangun janganlah merasa sepi, ada Allah sedang mengawasi.
Jika bersedih janganlah disimpan dihati, ada Allah tempat berbagi.
Jika susah janganlah berasa pilu, ada Allah tempat mengadu.
Jika gagal jangan berputus asa, ada Allah tempat meminta.
Jika bahagia janganlah menjadi lupa, ada Allah tempat memuja.
Ingatlah Allah selalu, ukirkan namaNya dihatimu

Hatiku tersentuh aku mengucap panjang. Ya Allah betapa selama ini aku lalai sebagai seorang hamba. Ya Allah ampunkanlah segala dosa-dosa ku. Sesungguhnya aku sanagt insaf siapakah insan mulia itu?
Ya awal pagi semalam aku telah mengepost entry memperihalkan perasaan aku yang sangat serabut serabai. Mungkain insan mulia itu terbaca perihal yang melanda hidupku ini. And i'm pretty sure insan itu mengenali aku. Mungkin. Walau siapa jua insan itu aku sangat berterima kasih kerana sedikit sebanyak telah menyedarkan aku yang lalai





Wednesday, June 2, 2010

my sayang....

Aku yang pening....
Aku msj 4 kali dia reply 1 kali itu pun lepas berjam-jam lamanya
Aku merajuk....dia kata aku tak matang
Aku bukan suka-suka nak merajuk kot. Sampai hati dia cakap aku macam tu. Kalau dia bukan orang penting dalam hidup aku buat apa la aku nak merajuk tak tentu pasal cam tu. Sewel betul la.
Aku bukan tak matang la cuma aku tak cukup matang je that why la aku perlukan some advises dari orang yang aku percaya if dia pun ignore aku cam tu je pada siapa lagi nak tempat untuk aku berteduh, berpayung untuk seketika. Aku bukan nak suruh dia payung aku 24 hours aku pun tak nak macam tu cuma ada masanya kita perlukan perlindungan daripada orang lain juga lagikan manusia dicipta berpasangan supaya saling melengkapi dan saling melindungi antara satu sama lain..
Apa kata kalau he is not my partner??? Oh no!!! Ini bukan yang aku nak sebab apa yang aku doakan selama ini supaya suatu hari nanti kami akan saling melengkapi antara satu sama lain.
So disini apa yang perlu aku buat?? Cuba menjadi matang sebagaimana yang dia mahu??
Aku tak faham betul matang yang macam mana la cik abang sorang ni nak?
Aku betul-betul blur tak tahu adakah sebab aku tak matang dia ignore aku. Adakah itu caranya dia nak mengajar aku jadi matang? Oh no!! Cara ni terlalu kejam..
Jangan terlalu kejam aku bukan seorang yang kuat nak hadapi hidup tanpa orang-orang yang aku sayangi.
Even my kucheng kesayangan aku mati pun aku da separuh hidup separuh mati sunyi sepi hidup aku ini kan pula aku nak kehilangan orang yang boleh berkongsi perasaan pahit dan manis. Oh no tak sanggup aku bayangkan sakitnya rasa kehilangan.
Jadi sekarang ni aku nak cuba ubah diriku supaya jadi seorang yang berani,yakin and matang dalam kehidupan seperti mana yang dia mahu dari aku. Bila aku fikir balik apa yang dia bagitahu sebenarnya ada betul juga. Sampai bila aku nak bergantung hidup pada dia? Tapi kalau boleh aku nak selama-lamanya. Aku nak selama-lamanya dia susah sebab aku and aku susah sebab dia. Romantik apa macam tu kan.
Pernah juga aku kena marah. Nak tau sebab apa?? Sebab aku terlalu berfikiran negative. Gila betol dia marah sampai beberapa ari tak nak cakap ngan aku tak nak reply mesej aku gila aku di buatnya. Last sekali aku dapat warning "kenapa terlalu negatif?cakap tak sayang tak ambil berat seronok ke hidup dibelenggu fikiran negatif?"
Perghh!!!ayat dia. Suka hati je hempuk aku dengan ayat macam tu. Apa-apa la yang penting dia da tak merajuk lagi susah betul pujuk orang lelaki merajuk. Tapi aku still tak puas hati kenapa aku je yang kena pujuk dia? Ini tak adil la..