Tuesday, February 12, 2013

I LoVE mY Old sTyle

Selalu orang cakap pengalaman lebih mematangkan seseorang. Tapi kalau fikir balik aku taknak pengalaman yang hanya memusnahkan diri sendiri. Kenapa mesti ada pengalaman buruk padahal kita sepatutnya cari pengalaman yang indah-indah dan menarik yang boleh membuat hidup kita lebih bermakna. Tapi inilah yang dikatakan takdir jadi kita terpaksa terima kenyataan kita terpaksa menerima kenyataan.

Kalau masa boleh diputar kembali ingin aku tinggalkan semua yang duka ingin aku kembali pada diri aku yang dulu yang sentiasa happy and positive thinking. Bila aku lihat diri aku kini dan dulu aku seolah-olah tidak kenal siapa diri aku yang dulu. Aku dah totally different sekarang. Aku nak diri aku yang dulu. Aku nak kembali pada diri aku yang dulu dan menjadi lebih baik lagi.

Apa yang aku boleh kongsi kat sini jangan la kita terlalu mengikut kata hati. Kita bebas melakukan apa saja yang kita mau tapi kita sendiri yang control hidup kita. Kalau bebas adalah seronok tapi adakah seronok itu akan mengubah hidup kita?? Apa yang paling penting teruskan hidup kita berusaha ke arah yang lebih baik dan paling penting jangan abaikan tanggujawab dan pegangan kita pada agama kita. Kita hanya lah seorang hamba ALLAH. Sejauh mana kita rasa kita hebat tapi kita tetap lemah. Usah lah kita kesal kesilapan yang dulu kerana kita insan yang lemah tapi jangan lah kita ulang kesilapan yang sama.

Tuesday, November 30, 2010

Cinta Dan Air Mata

Cinta dan air mata adalah kebiasaan..
Antara lelaki dan perempuan siapakah pencinta yang setia
Apakah erti cinta??

Cinta itu tanda sepi
Cinta membuatkan seseorang berfikir
Cinta juga menyebabkan sesorang hilang fikiran

Monday, November 29, 2010

Salam Kembali...

Dalam 3 bulan memencilkan diri ni macam2 p0n da jadi.... Dari 1 tempat ke 1 tempat aku jalan sampai aku x tau ke mana arah tuju..hai lawak gak ni.. Da tu tambah koleksi boyfren lak.. Hahaha... Mangkok hayun gak aku ni rupanya.. Tapi yang x le bla nye asal la sume orang ngat aku ni baik padahal aku ni pedajal pew..

Macam ni la hidup aku x tau la bila nak berubah..tapi tak kisah la asal kan bahagia...yang penting semayang tak tinggal..dosa tetap dosa yang wajib jangan lupa.. jangan tambah dosa lak kan.. hehe..

Well... Malam ni nak hang out xle sebab umi cakap jangan g mana2.. Aku p0n da warning b0y aku jangan berani2 nak kuar mermpit lak...

Tbe2 aku rasa rindu lak kat girlfren aku nie... Hai si comot ape khabar hang? Aku rindu kat ko n anak2 k0 yang c0mel2 belaka.. Hehehe mish u s0 much...

Actually s0k ada interview tapi aku selamba badak je x prepare ape2 ni.. Mangk0k t0l la..Da ar td da shopping sakan beli kasut ngan beg konon utk interview tapi resume sijil2 sume x susun p0n lagi.. Tapi aku memang harap sangat di0wang terima aku.. K0t2 dapat fly ke Brunei da kira bgus.. Hope sume b0leh doakan kejayaan aku...

Wa chaw lu ahh... Salammmm...

Sunday, July 18, 2010

bersin vs menguap

da lama tak visit blog sendiri dah berkulat dah ni. hahaha.. Itu lah masalah teknikal la katakan. jadi sebab dah lama so tiba tiba rasa nak bagi tips yang berguna untuk kita semua sama-sama renung-renung dan amalkannya.

Aku pernah baca artikel pasal nikmat bersin. Sebenarnya bersin adalah nikmat yang besar sebab bersin dapat mengeluarkan gas-gas yang terkumpul dalam badan kita. Jadi tubuh badan bebas dari segala asid dan toxic. Oleh sebab bersin adalah nikmat dari Allah maka kita perlu mengucapkan syukur ALHAMDULILLAH ke atas nikmatnya. Tetapi berbeza bila kita menguap. Seboleh bolehnya kita hendaklah menahan menguap kerana menguap adalah kejayaan syaitan maka bertepuk tangan lah para syaitan bila umat islam menguap "aahhh" tanpa menutup mulutnya. Untuk info yang lebih terperinci aku dah google artikel pasal ni untuk kita sama-sama mengamalkannya.bbzhaa

Anas bin Malik RA bercerita, ada dua orang bersin di dekat Nabi Muhammad SAW. Beliau mendoakan (tasymit) salah seorang dari keduanya, namun tidak mendoakan seorang yang lain. Ditanyakan alasannya, Rasul menjawab, “Sebab, orang yang satu mengucapkan ‘alhamdulillah’, sedangkan yang satu lagi tidak membacanya.” (HR Bukhari).Jadi, orang yang bersin dan tidak membaca alhamdulillah, tidak layak didoakan karena tidak syukur nikmat. Padahal, bersin termasuk salah satu nikmat dari Allah SWT yang manfaatnya sangat besar. Menurut Ibnul Qayyim, bersin dapat mengeluarkan uap dari dalam otak yang jika dibiarkan akan berbahaya. (Zadul Ma’ad 2: 438).

Bersin merupakan mekanisme pertahanan tubuh untuk mencegah masuknya zat asing ke dalam tubuh. Ketika bersin, udara kotor keluar dengan keras melalui hidung dan mulut berkecepatan sekitar 161 km/jam.

Bahkan, Dr Michael Roizen, wellness officer Cleveland clinics menegaskan, bersin merupakan kegiatan yang positif karena berfungsi membersihkan faring (rongga antara hidung, mulut, dan tenggorakan). Dalam Syarh Riyadhus Shalihin, Syekh Utsaimin mengutarakan, bersin dapat menggiatkan otak dan meringankan tubuh.

Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah' , maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah! '.

Adapun menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: “Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka.” Riwayat Imam Muslim

Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin.” Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:

1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.

2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.

3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.

4. Sunat ketika bersin mengucapkan
“Alhamdulillah” dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan “Yarhamukallah” .

5. Sunat mengucapkan “Astaghfirullah” selepas menguap.



Tuesday, June 22, 2010

Antara wanita dan kerjaya yang mana lebih penting?? ??


Wahai aweks sedunia pernahkah kamu bertanya begitu pada partner korang? Jika pernah percayalah sebilangan besar lelki lebih mementingkan kerjaya walaupun mulut mereka cakap lebih mementingkan anda. If anda bertanya sedemikian kepada bakal suami korang nescaya korang akan mendengar bebelan dari mulut orang kesayangan anda itu.

Antara jawapan mereka mungkin begini :

"kenapa sayang tanya macam ni? Mestilah sayang lebih penting tapi abang tak leh abaikan kerja abang nanti macam mane abang nak tanggung keluarga kita belanja sayang and anak2 sape nak kasi? Abang nak nanti kita sekeluarga hidup senang aman damai bahagia sejahtera."

"u da hilang akal ke?mestila i pentingkan u sebab i pentingkan u la i kerja kuat sebab i nak bagi kesenangan kat u. U tak mau ke?"

"mama percaya lah dalam hidup papa mama perkara yang paling penting. Tapi kalau pa tak kerja susah la kita nanti ma. Pa ketua keluarga mestilah kerja sudah menjadi tanggungjawab pa. Ma pun tau kan? Ma jangan risau ye pa sayang ma selalu tau"

"honey apa gunanya abang kerja keras kalau bukan untuk honey? Boleh honey tanya soalan macam ni. Honey tak sedar ke banyak pengorbanan abang hanya untuk honey? Macam mana honey kata honey tak penting pada abang?"

Berdasarkan andaian jawapan diatas apa yang penulis dapat simpulkan kerjaya dan wanita adalah kepentingan bagi seseorang lelaki tetapi lelaki akan lebih mementingkan kerjaya sebab apabila berpangkat berwang berjuta lelaki akan dapat pelbagai jenis wanita yang dia mahu. Harta adalah kekuatan lelaki that y ada lelaki berpendapat hendak cari wanita sangat mudah jika poket tebal. Jadi apa kata wanita? Adakah salah kalau lelaki lebih mementingkan kerjaya?

Pendapat penulis....

sangat salah. sebab tanggujawab lelaki bukan sekadar menyediakan wang sahaja tetapi bayak lagi perkara yang menjadi keutamaan sesungguhnye wanita tak suka lelaki yang terikat dengan kerja kerana banyak tanggungjawab lain akan terabai. jadi kerja la pada waktu kerja sahaja..

so sendiri punya pendapat and pendirian..jangan gado2 k...



GEMOK


Aaarghhhh!!!!!!!aku da gemuk ........tengok la jadual makan aku yang tak teratur ni..

7.30 breakfast
10.30 makan pagi
1.30 lunch
4.30 minum petang
6.30 dinner time
10.30 makan2 biskut
12.00 minum2 (if tak tidur lagi)

Pernah tak korang jumpa makhluk yang banyak makan macam aku ni. Ini lah yang dikatakan hidup untuk makan bukan makan untuk hidup. Actually aku ni bukanlah pelahap sangat dah hobi aku suka makan kalau ada makanan aku makan la if tak ada tak la pula mati kalo setakat tak makan satu hari kan. Kalau tak macam mana nak menunaikan ibadat puasa kan. Tapi itu lah ceritanya sepanjang aku lepak je kat rumah dan aktiviti utama yang aku buat adalah makan makan and makan lagi. Apabila makan makan and makan badan aku konfem dah naik 2 or 3 kg.

HUHUHUHU!!!!!!!

Taknak gemuk tak sihat ....



Bile la nak jadi kurus and langsing...