Tetapi,
Ok. No yang tak dikenali
Aku menerima mesej yang amat panjang berunsurkan nasihat yang ku terima dari orang yang aku tak kenal
Mesejnya bertulis begini:
Jika terbangun janganlah merasa sepi, ada Allah sedang mengawasi.
Jika bersedih janganlah disimpan dihati, ada Allah tempat berbagi.
Jika susah janganlah berasa pilu, ada Allah tempat mengadu.
Jika gagal jangan berputus asa, ada Allah tempat meminta.
Jika bahagia janganlah menjadi lupa, ada Allah tempat memuja.
Ingatlah Allah selalu, ukirkan namaNya dihatimu
Hatiku tersentuh aku mengucap panjang. Ya Allah betapa selama ini aku lalai sebagai seorang hamba. Ya Allah ampunkanlah segala dosa-dosa ku. Sesungguhnya aku sanagt insaf siapakah insan mulia itu?
Ya awal pagi semalam aku telah mengepost entry memperihalkan perasaan aku yang sangat serabut serabai. Mungkain insan mulia itu terbaca perihal yang melanda hidupku ini. And i'm pretty sure insan itu mengenali aku. Mungkin. Walau siapa jua insan itu aku sangat berterima kasih kerana sedikit sebanyak telah menyedarkan aku yang lalai
No comments:
Post a Comment