Aku yang pening....
Aku msj 4 kali dia reply 1 kali itu pun lepas berjam-jam lamanya
Aku merajuk....dia kata aku tak matang
Aku bukan suka-suka nak merajuk kot. Sampai hati dia cakap aku macam tu. Kalau dia bukan orang penting dalam hidup aku buat apa la aku nak merajuk tak tentu pasal cam tu. Sewel betul la.
Aku bukan tak matang la cuma aku tak cukup matang je that why la aku perlukan some advises dari orang yang aku percaya if dia pun ignore aku cam tu je pada siapa lagi nak tempat untuk aku berteduh, berpayung untuk seketika. Aku bukan nak suruh dia payung aku 24 hours aku pun tak nak macam tu cuma ada masanya kita perlukan perlindungan daripada orang lain juga lagikan manusia dicipta berpasangan supaya saling melengkapi dan saling melindungi antara satu sama lain..
Apa kata kalau he is not my partner??? Oh no!!! Ini bukan yang aku nak sebab apa yang aku doakan selama ini supaya suatu hari nanti kami akan saling melengkapi antara satu sama lain.
So disini apa yang perlu aku buat?? Cuba menjadi matang sebagaimana yang dia mahu??
Aku tak faham betul matang yang macam mana la cik abang sorang ni nak?
Aku betul-betul blur tak tahu adakah sebab aku tak matang dia ignore aku. Adakah itu caranya dia nak mengajar aku jadi matang? Oh no!! Cara ni terlalu kejam..
Jangan terlalu kejam aku bukan seorang yang kuat nak hadapi hidup tanpa orang-orang yang aku sayangi.
Even my kucheng kesayangan aku mati pun aku da separuh hidup separuh mati sunyi sepi hidup aku ini kan pula aku nak kehilangan orang yang boleh berkongsi perasaan pahit dan manis. Oh no tak sanggup aku bayangkan sakitnya rasa kehilangan.
Jadi sekarang ni aku nak cuba ubah diriku supaya jadi seorang yang berani,yakin and matang dalam kehidupan seperti mana yang dia mahu dari aku. Bila aku fikir balik apa yang dia bagitahu sebenarnya ada betul juga. Sampai bila aku nak bergantung hidup pada dia? Tapi kalau boleh aku nak selama-lamanya. Aku nak selama-lamanya dia susah sebab aku and aku susah sebab dia. Romantik apa macam tu kan.
Pernah juga aku kena marah. Nak tau sebab apa?? Sebab aku terlalu berfikiran negative. Gila betol dia marah sampai beberapa ari tak nak cakap ngan aku tak nak reply mesej aku gila aku di buatnya. Last sekali aku dapat warning "kenapa terlalu negatif?cakap tak sayang tak ambil berat seronok ke hidup dibelenggu fikiran negatif?"
Perghh!!!ayat dia. Suka hati je hempuk aku dengan ayat macam tu. Apa-apa la yang penting dia da tak merajuk lagi susah betul pujuk orang lelaki merajuk. Tapi aku still tak puas hati kenapa aku je yang kena pujuk dia? Ini tak adil la..