Thursday, June 3, 2010

aku yang terlupa

Aku bangun agak lambat juga hari ni actually macam biasa bangun dalam range 11 ke pukul 12 tengah hari. Anak dara zaman sekarang kan. So bangun dengan muka toya basuh muka and gosok gigi pastu baring lagi bermalas malasan sambil fikir masa depan and fikirkan tentang orang-orang tersayang. Main-main handphone memandangkan banyak game aku blutooth dari beberapa orang kawan. So play-play untuk hilangkan boring sekejap. Tengah syok-syok main walopun aku lost berkali-kali pastu "click". Ada vibrate tanda mesej masuk. Happy jap mungkin mesej dari orang yang aku tunggu...
Tetapi,
Ok. No yang tak dikenali
Aku menerima mesej yang amat panjang berunsurkan nasihat yang ku terima dari orang yang aku tak kenal
Mesejnya bertulis begini:
Jika terbangun janganlah merasa sepi, ada Allah sedang mengawasi.
Jika bersedih janganlah disimpan dihati, ada Allah tempat berbagi.
Jika susah janganlah berasa pilu, ada Allah tempat mengadu.
Jika gagal jangan berputus asa, ada Allah tempat meminta.
Jika bahagia janganlah menjadi lupa, ada Allah tempat memuja.
Ingatlah Allah selalu, ukirkan namaNya dihatimu

Hatiku tersentuh aku mengucap panjang. Ya Allah betapa selama ini aku lalai sebagai seorang hamba. Ya Allah ampunkanlah segala dosa-dosa ku. Sesungguhnya aku sanagt insaf siapakah insan mulia itu?
Ya awal pagi semalam aku telah mengepost entry memperihalkan perasaan aku yang sangat serabut serabai. Mungkain insan mulia itu terbaca perihal yang melanda hidupku ini. And i'm pretty sure insan itu mengenali aku. Mungkin. Walau siapa jua insan itu aku sangat berterima kasih kerana sedikit sebanyak telah menyedarkan aku yang lalai





No comments: